INDEKS JISIM BERAT BADAN (BMI).
BMI adalah ukuran untuk menilai berat badan anda berbanding dengan ketinggian.
Bagaimana untuk mengira BMI?
BMI = | Berat badan (kg) |
Tinggi (m) x Tinggi (m) |
SILA KLIK GAMBAR DI BAWAH UNTUK MENGIRA BMI ANDA.
Apakah klasifikasi BMI?
Jika BMI anda (kg/m²) adalah : | Anda adalah : |
< 18.5 | Kurang berat badan |
18.5 – 24.9 | Mempunyai berat badan unggul |
25 – 30 | Berlebihan berat badan |
30 atau lebih | Obes |
Tahukah anda bahawa berlebihan atau kekurangan berat badan boleh meningkatkan risiko masalah kesihatan?
- Kajian menunjukkan bahawa berat badan yang berlebihan adalah masalah kesihatan yang serius bagi kebanyakan orang. Ia meningkatkan risiko kepada beberapa penyakit yang serius seperti penyakit jantung, angin ahmar, diabetes, kanser dan darah tinggi.
- Namun begitu, mencapai dan mengekalkan berat badan unggul melalui pemakanan sihat dan aktiviti fizikal yang tetap boleh membantu mencegah penyakit-penyakit ini.
Bilakah anda dianggap sebagai kurang berat badan?
Jika BMI anda kurang daripada 18.5kg/m², anda adalah kurang berat badan.
Apa yang berlaku sekiranya seseorang itu kurang berat badan?
- Kurang berat badan meningkatkan risiko seseorang untuk mendapat masalah kesihatan.
- Kurang berat badan dikaitkan dengan masalah jantung, penurunan daya tahan tubuh terhadap jangkitan, keletihan yang kronik, anemia, kemurungan dan penyakit-penyakit yang lain.
Bagaimanakah seseorang boleh menambah berat badan dengan cara yang sihat?
- Buat sasaran untuk penambahan berat badan dengan perlahan, iaitu di antara 1 hingga 2 kilogram sebulan. Anda harus mencapai sasaran untuk BMI di antara 18.5 dan 24.9 kg/m2.
- Kawal berat badan anda secara sihat:
- Amal makan secara sihat, dengan memilih dan memakan pelbagai jenis makanan setiap hari berpandukan Piramid Makanan Malaysia.
- Pastikan anda makan mengikut waktu makan yang tetap.
- Rancang lebih awal untuk hidangan yang lebih. Untuk menambah berat badan, anda mungkin perlu makan makanan yang berkhasiat lebih dari biasa
- Ambil snek dengan bijak dengan memilih snek yang padat dengan nutrien bagi menambah kalori, vitamin dan mineral.
- Tentukan keperluan tenaga anda. Anda perlu pastikan tahap aktiviti fizikal anda untuk memastikan keperluan tenaga.
Apakah berat badan unggul?
- Anda mempunyai berat badan unggul sekiranya BMI anda adalah di antara 18.5 hingga 24.9/km².
- Kajian menunjukkan bahawa jangka hayat seseorang yang mempunyai BMI unggul adalah lebih tinggi daripada seseorang yang mempunyai BMI yang lebih rendah atau tinggi.
Bagaimanakah saya mengekalkan berat badan yang unggul?
- Imbangkan pengambilan makanan anda dengan aktiviti fizikal.
- Tentukan keperluan tenaga anda.
- Lakukan lebih banyak aktiviti fizikal. Jika anda sememangnya seorang yang sangat aktif, cuba teruskan kadar aktiviti yang sama, bersesuaian dengan umur anda.
Bilakah seseorang itu dianggap sebagai mempunyai berlebihan berat badan?
Anda adalah berlebihan berat badan jika BMI anda adalah 25 hingga kurang dari 30 kg/m². Jika BMI anda adalah 30 atau lebih, anda adalah obes.
Bagaimana seseorang itu boleh menurunkan berat badan mereka?
- Tetapkan sasaran yang realistik untuk menurunkan setengah kilogram berat badan dalam seminggu.
- Pastikan keperluan tenaga anda.
- Timbang berat badan anda sekali seminggu, sebaik- baiknya sebelum makan.
- Makan makanan yang sihat secara sederhana berdasarkan Piramid Makanan Malaysia.
- Jangan sekali-kali menyekat diri untuk tidak makan atau mengehadkan kalori jika anda sangat lapar. Jika anda berbuat demikian, anda selalunya akan makan mengikut nafsu selepas itu.
- Buat beberapa modifikasi dalam diet anda.
- Kurangkan atau elakkan makanan yang tinggi kandungan gula dan lemak seperti mentega,krim, daging yang berlemak, sos salad, kek dan pastri.
- Elakkan makan atau minum semasa menonton televisyen atau membaca. Lakukan senaman sederhana seperti berjalan laju, berbasikal dan berenang sekurang-kurangnya 60 minit, lima hingga enam hari seminggu.
- Jumpa doktor untuk mengenal pasti dan membetulkan masalah perubatan, biologikal atau fisiologikal yang berkaitan yang boleh menyumbang kepada berat badan yang berlebihan.
- Jumpa pakar pemakanan untuk mendapatkan maklumat tentang pengurusan berat badan anda.
- Dapatkan sistem sokongan. Rakan-rakan adalah kumpulan sokongan yang bagus.
Apa itu BMI?
Body Mass Index (BMI) atau Indeks Massa Tubuh (IMT) adalah angka yang menjadi penilaian standar untuk menentukan apakah berat badan Anda tergolong normal, kurang, berlebih, atau obesitas.
Selengkapnya tentang Body Mass Index, klik di sini.
Comments
Post a Comment